Samsung Mengesahkan Tab S3 Akan Dilancarkan Di IFA 2016

Samsung Mengesahkan Tab S3 Akan Dilancarkan Di IFA 2016

Diterbitkan pada Ogos 16, 2016 oleh .

Pasaran tablet mengecut tahun lalu dengan pengurangan mencecah 13%. Samsung ialah antara pengeluar yang terkesan dengan trend pengguna yang memilih telefon pintar dengan skrin besar dan tidak lagi memilih memiliki tablet. Sungguhpun begitu mereka masih meneruskan penghasilan tablet bagi mereka yang memerlukan. Tablet Samsung Tab S3 disahkan akan dilancarkan di IFA 2016 September ini.

Tab S2 Photos20150901_160209

Pengesahan ditemui pada laman Samsung Colombia. Samsung menjanjikan inovasi dan penambahbaikan pada Tab S3. Tidak diketahui apakah pembaharuan tersebut buat masa ini. Samsung Tab S2 8.0 ialah antara tablet yang kami gemari tahun lalu dan kami tidak sabar melihat apakah inovasi yang bakal diperlihatkan. Kami akan berada di IFA dan pasti memberikan pandangan pertama tablet ini untuk bacaan anda kelak.


TIPS & ULASAN