Letupan Roket SpaceX Turut Menghancurkan Perancangan Satelit Facebook

Letupan Roket SpaceX Turut Menghancurkan Perancangan Satelit Facebook

Diterbitkan pada Sep 2, 2016 oleh .

SpaceX merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada eksplorasi angkasa, dan sebelum ini telah memperlihatkan beberapa perkara menarik – termasuk roket yang boleh mendarat kembali selepas pelancaran. Namun, pagi ini boleh dikatakan agak malang bagi mereka apabila ujian rutin yang dilakukan membawa kepada letupan Falcon 9.

Letupan seperti ini adalah sesuatu yang dijangka, tetapi kali ini, letupan berkenaan turut membawa kesan kepada pihak Facebook. Letupan yang berlaku ketika ujian rutin ini turut menghancurkan satelit Amos-6 yang disewa sebahagian kapasitinya oleh pihak Facebook.

Facebook menyewanya dalam usaha untuk menawarkan akses internet ke kawasan pedalaman, dimana mereka melalui inisiatif Internet.org ingin memancarkan internet ke bahagian pedalaman Afrika.

Perkara ini boleh dikatakan agak mengecewakan Mark Zuckerberg yang kini dalam lawatan. Namun, pihak Facebook terus menekankan yang mana mereka komited dengan inisiatif membawa internet kepada lebih ramai pengguna seluruh dunia, dan akan terus menjayakannya melalui penggunaan beberapa kaedah lain – termasuk melalui dron.


TIPS & ULASAN