Cari @ Amanz

Honor 8 merupakan telefon pintar terbaru daripada Honor (salah satu syarikat subsidiari Huawei), yang mana hadirnya dengan pilihan dwi-kamera belakang dan binaan berasaskan kaca pada bahagian hadapan dan juga belakang. Terkini, berkongsi status semasa di China, pihak Honor mengumumkan mereka telah menjual lebih 1.5 juta peranti Honor 8 sejak ia dilancarkan.

Angka ini mungkin telah dijangka ramai – apatah lagi populariti Honor di China, selain Honor 8 yang telah mula dipasarkan di Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Di Malaysia, ia telah mula dijual sejak daripada minggu lepas, dimana ia hadir dalam dua pilihan versi. Versi paling asas dijual pada harga RM1699 dan buat pertama kalinya ia turut telah mula ditawarkan melalui kedai fizikal, selain hanya atas-talian seperti sebelum ini.

Pada masa yang sama, honor juga dilihat mengatakan telah menjual lebih daripada 100 juta peranti dibawah jenama Honor sejak ia telah dimulakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd