Penggunaan senjata laser bukan lagi fiksyen sains. Kami sudah beberapa kali melaporkan berita pembangunan senjata seakan Star Wars ini sebelum ini. Kini sistem senjata laser dibangunkan oleh Northrop Grumman untuk digunakan pada pesawat pejuang. Ia akan digunakan sebagai senjata pertahanan yang menembak jatuh misil yang ditembak oleh musuh.
Sistem Self-Protect High Energy Laser Demonstrator (SHiELD) ini diharap dapat diuji menjelang 2019. Cabaran bagi mereka ialah menghasilkan sistem laser yang boleh dimuatkan kedalam pod yang boleh dipasang pada tubuh pesawat dengan mudah.
Sistem laser sedia ada seperti HEL MD dan ATHENA adalah terlalu besar untuk digunakan pada pesawat. Kelebihan sistem laser berbanding suar yang digunakan sekarang ialah ianya pantas dan tidak mempunyai had penggunaan untuk mempertahankan pesawat pejuang dari ditembak jatuh.