Cari @ Amanz

Huawei baru sahaja memperkenalkan EMUI 5.0 bersama-sama dengan Huawei Mate 9 baru. Bergerak pantas, kini Huawei turut telah membuka pendaftaran minat bagi para pengguna Huawei P9 yang ingin menguji EMUI 5.0 versi beta.

Huawei P9 EMUI 5.0

Seperti sedia maklum, EMUI 5.0 hadir dengan Android 7.0 Nougat – serta menyertakan beberapa perkara baru. Paling menjadi fokus utama adalah sokongan kecerdasan pintar yang diintegrasikan pada EMUI 5.0, membolehkan sistem operasi berkenaan dioptimasikan dan kekal berfungsi dengan pantas walaupun selepas beberapa bulan.

Bagi anda yang menggunakan Huawei P9, anda boleh mendaftarkan minat untuk menyertai ujian beta ini, dan menjadi terawal menggunakan Android 7.0 Nougat pada telefon pintar Huawei P9 anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd