Cari @ Amanz

Ura-ura Samsung akan menghasilkan peranti dengan skrin boleh lipat sudah mula didengari sejak awal tahun ini. Prototaip skrin boleh lipat keluaran Samsung pula diperlihatkan beberapa tahun yang lalu. Samsung Galaxy X ialah peranti dengan skrin boleh lipat yang dikhabarkan sedang diuji oleh Samsung. Rekaan peranti ini tertiris selepas ia dipatenkan oleh gergasi Korea Selatan. Terdapat ramalan ia akan mula dijual pada separuh kedua 2017.

samsung-galaxy-x-paten-4Rekaan mekanisme lipatan yang digunakan adalah menarik. Kelihatan seperti sistem engsel yang ditemui pada komputer riba Yoga keluaran Lenovo. Apabila dilipat, engsel ini kelihatan pula seperti yang digunakan pada Surface Book. Skrin yang bakal digunakan kelihatan panjang dengan nisbah 21:9 . Butang home fizikal juga dikekalkan. Harus kami katakan rekaan peranti ini agak luar biasa berbanding peranti lain di pasaran. Sekiranya ia terlalu radikal buat anda, Samsung masih lagi menghasilkan peranti Android Samsung W2017 dengan rekaan boleh lipat seperti peranti awal 2000.

samsung-galaxy-x-paten-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd