Kos Menggantikan Apple AirPods Hilang Ialah Sekitar RM 300

Kos Menggantikan Apple AirPods Hilang Ialah Sekitar RM 300

Diterbitkan pada Dis 16, 2016 oleh .

Apabila fon telinga Apple AirPods diumumkan ketika pelancaran iPhone 7 tempoh hari, ramai yang risau ia mudah hilang apabila sedang digunakan. Apple segera mengumumkan mereka akan menjual fon telinga gantian sekiranya ini berlaku. Kos menggantikannya kini diketahui dan ia dijual pada harga $69 (~RM 308) sebuah.

Kos menggantikan pod simpanan dan bateri pula bermula dari $49 (~RM 218). Harga yang diumumkan ini ialah untuk pasaran Amerika Syarikat. Maklumat mengenai harga gantian untuk Malaysia masih belum dipamerkan pada laman rasmi Apple Malaysia. Apple AirPods dijual pada harga RM 849 di Malaysia


TIPS & ULASAN