Asus Memperlihatkan Teaser Untuk ZenFone Terkini Sempena CES 2017

Asus Memperlihatkan Teaser Untuk ZenFone Terkini Sempena CES 2017

Diterbitkan pada Dis 21, 2016 oleh .

Apakah agaknya peranti yang akan dilancarkan oleh Asus di acara CES kelak? Sempena acara yang bakal berlangsung Januari ini, Asus memperlihatkan teaser untuk ZenFone terkini mereka. Tidak banyak maklumat disertakan tetapi ia memberikan petunjuk peranti ini mempunyai kemampuan kamera yang baik.

Beberapa minggu yang lalu rekaan Asus Zenfone 3 Zoom tertiris. Peranti ini mempunyai sistem dwi-kamera dengan konfigurasi seakan iPhone 7 Plus. Di dalam video di atas seorang anak kecil dilihat memegang teropong. Ini petunjuk paling kuat Zenfone 3 Zoom akan mempunyai kemampuan seperti Zenfone Zoom sebelum ini. Pada waktu yang sama Asus turut mengesahkan kewujudan Zenfone AR sebelum ini dengan fungsi Google Tango. Jawapan kepada misteri ini akan diketahui dalam masa dua minggu.


TIPS & ULASAN