Pembangunan Dron Internet Berkuasa Solar Project SkyBender Telah Dihentikan Oleh Google

Pembangunan Dron Internet Berkuasa Solar Project SkyBender Telah Dihentikan Oleh Google

Diterbitkan pada Jan 12, 2017 oleh .

Akses kepada internet telah diiktiraf sebagai salah satu hak asasi manusia moden. Internet membolehkan golongan ditindas bersuara dan memperkasakan komuniti yang menggunakannya dengan bijak. Google dikatakan membangunkan Project SkyBender, sebuah dron berkuasa solar yang memancarkan internet 5G dari udara untuk kawasan yang sukar mendapatkan akses kepada internet. Projek ini dikatakan sudahpun dihentikan penghujung tahun lalu.

Alasan yang diberikan ialah kewangan. Dari segi kos ia lebih mahal berbanding Projek Loon yang turut di bawah naungan Google X. Loon menggunakan belom udara helium dan memberikan kemampuan yang sama pada kos lebih rendah. Tenaga kerja Google X kini akan menumpukan tenaga mereka kepada dua lagi projek dron iaitu Projeck Wing dan Black Rock.


TIPS & ULASAN