Lineage OS Boleh Dimuat Turun Bermula Minggu Ini

Lineage OS Boleh Dimuat Turun Bermula Minggu Ini

Diterbitkan pada Jan 21, 2017 oleh .

Antara berita paling mengejutkan tahun lalu ialah kematian Cyanogen dan Cyanogenmod. ROM yang cukup popular ini dihentikan pembangunannya kerana masalah yang melanda Cyanogen. Dari abu Cyanogen, phoenix bangkit dalam bentuk Lineage OS. Bagi pemilik peranti yang tidak disokong oleh pengeluar Lineage OS akan mengisi kekosongan untuk mendapatkan kemas kini.

Lineage OS akan boleh mual dimuat turun minggu ini dan menyokong lebih daripada 80 peranti Android. Hanya peranti yang mampu menjalankan Android Marshmallow dan Nougat akan disokong oleh Lienage OS. Pihak Lineage akan berusaha memberikan kemas kini setiap hujung minggu. Ketika artikel di tulis laman muat turun masih lagi kosong. Ini mungkin kerana Lineage menggunakan waktu Amerika Syarikat. Adakah anda berminat untuk mencuba Lineage OS?


TIPS & ULASAN