Xiaomi Redmi Note 4X Dilancarkan Dengan Harga Bermula RM 647

Xiaomi Redmi Note 4X Dilancarkan Dengan Harga Bermula RM 647

Diterbitkan pada Feb 15, 2017 oleh .

Xiaomi Redmi Note 4X akhirnya dilancarkan dan ia sebenarnya hanyalah sebuah Redmi Note 4 yang dijenamakan semula untuk pasaran luar China. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5″ IPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragon 625, RAM 3/4 Gigabyte dan storan 32/64 Gigabyte. Bagi yang memerlukan storan tambahan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte disokong. Redmi Note 4 yang dilancarkan tahun lalu dilengkapi pemproses Helio X20.

Kamera utama masih lagi 13-Megapixel f/2.0 dengan sistem pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan puyla sebesar 5-Megapixel f/2.0. Resolusi rakaman video tertinggi ialah 1080P. Peranti ini dilengkapi sebesar 4100 mAh yang membolehkan ia berfungsi dengan lama. Ia masih mengekalkan port pengecasan MikroUSB.

Harga jualan untuk versi 3GB/32 GB ialah RMB 999 (~RM 647) manakala versi terhad Hatsune Miku pula dijual pada harga RMB 1299 (~RM 842). Masih tiada pengumuman tentang harga untuk versi 4GB/64 GB. Lima pilihan warna diberikan iaitu Hijau Hatsune, Cherry Powder, Champagne Gold. Platinum Silver Gray dan Matte Black.


TIPS & ULASAN