Exynos 9810 Mungkin Nama Pemproses Terkini Keluaran Samsung

Exynos 9810 Mungkin Nama Pemproses Terkini Keluaran Samsung

Diterbitkan pada Feb 20, 2017 oleh .

Samsung biasanya menggunakan cip pemproses Exynos buatan mereka sendiri untuk beberapa pasaran dunia sebagai alternatif kepada cip Snapdragon di pasaran seperti Amerika Syarikat. Samsung Galaxy S8 dan S8+ yang akan dilancarkan dipercayai akan meneruskan tradisi. Penggunaan Snapdragon 835 telah disahkan dan petunjuk kewujudan pemproses Exynos siri 9 berteknologi 10 nm juga telah diberikan oleh mereka.

Samsung Exynos 9

Menurut laman Sammobile, nama rasmi untuk pemproses terkini mereka kelas ialah Exynos 9810. Dua versi akan dihasilkan ialah Exynos 9810V dan Exynos 9810M. Exynos 9810V akan dilengkapi cip grafik Mali G-71 18 teras manakala Eyxnos 9810M pula dilengkapi cip grafik Mali G-71 20 teras. Cip pemproses Mongoose M2 pula digunakan dan adalah penambahbaikan dari Mongoose M1 yang digunakan pada Exynos 8890.

Nama cip pemproses terkini ini tertiris selepas projek penghasilannya disenaraikan di laman LinkedIn seorang pekerja di Institut penyelidikan dan pembangunan Samsung di Bangalore. Sejauh manakah kebenaran berita ini akan kita ketahui kurang dari seminggu dari sekarang kerana cip ini mungkin akan diumumkan di MWC kelak.


TIPS & ULASAN