Cari @ Amanz

Fon telinga tanpa wayar Apple AirPods mendapat sambutan yang amat luar biasa sehingga waktu menunggu untuk membelinya adalah sekitar enam minggu. Permintaan masih lagi tinggi sungguhpun ia telah beberapa bulan memasuki pasaran. Buat masa ini Apple hanya menawarkannya dalam warna putih.

Bagi mereka yang mahu melakukan kustomasi dengan warna yang lebih ranggi, firma ColorWare kini menawarkan Apple AirPods dengan 58 pilihan warna. Harga jualan AirPods ColorWare ialah $289 (~RM 1286) sepasang berbanding harga asal $159 (RM 849) sepasang. Hanya fon telinga akan diwarnakan. Untuk mewarnakan dok pengecas dan tempat simpanan pengguna perlu menambah $30 (~RM 133).

Sebelum ini BlackPods menawarkan AirPods dalam warna hitam pada harga $249 sepasang. Mungkin tiba masanya Apple sendiri memberikan pilihan warna selain putih kepada pelanggan setia mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd