Gambar Blackberry BBC100-1 Buatan Indonesia Tertiris

Gambar Blackberry BBC100-1 Buatan Indonesia Tertiris

Diterbitkan pada Mac 1, 2017 oleh .

Blackberry sudah tidak lagi menghasilkan peranti mereka sendiri. Sebaliknya nama Blackberry dilesenkan kepada syarikat yang berminat seperti TCL. Peranti terkini Blackberry KeyOne dilancarkan sebelum MWC dan mengembalikan kekunci fizikal klasik Blackberry. Sebuah lagi peranti Blackberry BBC100-1 akan dihasilkan oleh syarikat PT BB Merah Putih yang berpangkalan di Indonesia.

Rekaan peranti Blackberry BBC100-1 ini akhirnya tertiris ke arena web. Ia sebuah peranti dengan skrin 5.5″ HD sesentuh sepenuhnya. Turut kedengaran ia diperkasakan pemproses Snapdragon 425, RAM 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Tidak diketahui sama ada Blackberry BBC100-1 akan dijual untuk pasaran di luar Indonesia.


TIPS & ULASAN