(Konsep) CityHawk – Sebuah Lagi Rekaan Kereta Terbang

(Konsep) CityHawk – Sebuah Lagi Rekaan Kereta Terbang

Diterbitkan pada Apr 18, 2017 oleh .

Kereta terbang sepatutnya digunakan secara meluas sejak 2015 sekiranya anda menonton siri filem Back To The Future. Tetapi sehingga kini kereta terbang yang dijual secara komersial masih belum dapat dilihat melintasi ruang udara secara bebas. CityHawk ialah sebuah lagi konsep kereta terbang yang dihasilkan oleh Urban Aeronautics.

Dua buah kipas digunakan untuk memberikan tujuhan terbang. Kokpit CityHawk mampu membawa empat orang penumpang. Ia boleh dikawal oleh seorang juruterbang atau secara pemanduan automatik. Tidak seperti beberapa rekaan kereta terbang lain yang pernah kami paparkan, CityHawk tidak menggunakan bekalan kuasa elektrik. Sebaliknya enjin jet konvensional digunakan. Apabila berlaku kecemasan, sistem payung terjun akan memastikan keseluruhan kenderaan dapat mendarat dengan selamat.

Pada asalnya CityHawk dibangunkan sebagai AirMule, ambulans terbang untuk kegunaan askar Israel. Selepas berjaya melakukan beberapa ujian, pihak Urban Aeronautics melihat potensinya sebagai kenderaan masa depan. Pihak mereka mensasarkan jualan dalam masa lima tahun dari sekarang.


TIPS & ULASAN