Cari @ Amanz

Tahun 2017 mungkin tahun kereta terbang akhirnya menjadi kenyataan. Sejak awal tahun kami dua kereta terbang Pal-V dan AeroMobil sudah boleh ditempah tahun ini kepada mereka yang berminat. Hari ini sebuah lagi syarikat menunjukkan kemampuan teksi terbang VTOL mereka iaitu Lilium Eagle.

Lillium Eagle ialah prototaip keluaran Lilium Jet yang berpangkalan di Jerman. Eagle mampu terbang menegak seperti helikopter sebelum melakukan transisi kepada penerbangan mendatar seperti kapal terbang konvensional. Sistem kipas Eagle dalah terbina di dalam sayap hadapan dan belakangnya.

Dengan kejayaan penebangan pertama ini, pihak Lillium berharap dapat menghasilkan teksi terbang yang mampu membawa sehingga lima orang penumpang. Ia diharap mampu terbang sejauh 300 kilometer dengan kelajuan maksimum 300 kilometer sejam. Tidak seperti konsep CityHawk, Eagle menggunakan sepenuhnya motor elektrik bagi mengurangkan pencemaran udara dan bunyi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd