Kitty Hawk – Kenderaan Terbang Yang Disokong Larry Page Memperlihatkan Prototaip Mereka

Kitty Hawk – Kenderaan Terbang Yang Disokong Larry Page Memperlihatkan Prototaip Mereka

Diterbitkan pada Apr 25, 2017 oleh .

Larry Page, pengasas Google telah membuat pelaburan pada teknologi kenderaan terbang pada tahun lepas, dimana beliau telah melabur pada dua syarikat, Zee.Aero dan juga Kitty Hawk. Kini, selang setahun, salah satu syarikat yang dilabur oleh beliau, iaitu Kitty Hawk telah pun memperlihatkan perkembangan positif.

Hari ini, Kitty Hawk telah menerbitkan video kenderaan terbang mereka yang pertama, dinamakan sebagai Flyer. Ia masih pada kategori prototaip lagi buat masa ini.

Daripada apa yang dipertontonkan, Flyer daripada Kitty Hawk ini akan beroperasi untuk terbang di atas kawasan air – seperti sungai, tasik dan sebagainya, dan tidak memerlukan sebarang lesen penerbangan untuk menggunakannya. Kitty Hawk turut menjanjikan pengguna boleh belajar mengawalnya dalam hanya beberapa minit.

Buat masa ini, kenderaan ini masih pada peringkat prototaip sahaja, dan dijangka akan dikomersialkan sekitar penghujung tahun ini. Selain Kitty Hawk, terdapat beberapa syarikat lain yang turut melihat kepada arena kenderaan terbang ini, termasuk AeroMobil dan juga Uber.


TIPS & ULASAN