Ini Adalah Essential Home – Pesaing Kepada Amazon Echo Dan Google Home

Ini Adalah Essential Home – Pesaing Kepada Amazon Echo Dan Google Home

Diterbitkan pada Mei 30, 2017 oleh .

Memintarkan rumah ialah langkah seterusnya selepas peranti telah berjaya dipintarkan dengan penggunaan pembantu maya dengan kecerdasan buatan. Selain telefon pintar Essential Phone, Essential Home turut dilancarkan hari ini dan ia adalah sebuah pembesar suara yang menggunakan pembantu maya seperti Amazon Echo dan Google Home.

Ia mempunyai kesemua fungsi yang sama seperti memainkan muzik, memberikan peringatan kepada pengguna dan digunakan untuk mengawal peralatan pintar di dalam rumah. Essential Home menggunakan sistem operasi Ambient OS yang menurut Essential mempunyai tahap privasi lebih tinggi berbanding pesaing sedia ada. Ia berbentuk bulat dengan skrin yang juga berbentuk bulat. Kesemua maklumat akan dipaparkan pada skrin apabila diperlukan dan ia sentiasa mendengar bagi memberikan bantuan kepada pengguna.

Maklumat lebih lanjut mengenai kemampuan dan harga jualan Essential Home akan diketahui pada majlis pelancaran Essential yang akan berlangsung pada esok.


TIPS & ULASAN