Cari @ Amanz

Hanya selepas dua minggu diperlihatkan di Taiwan, HTC U11 akhirnya dilancarkan di Malaysia hari ini. Peranti dengan kerangka yang boleh digenggam untuk melancarkan aplikasi ini dijual pada harga RM 3099 bermula hujung bulan ini. Sebanyak tiga warna ditawarkan iaitu Amazing Silver, Sapphire Blue dan Brilliant Black.

Untuk pasaran Malaysia HTC U11 dilengkapi skrin 5.5-inci SLCD5 dengan resolusi QHD, dijana menggunakan cip Snapdragon 835, memori sebesar 6GB RAM dan ruangan storan 128GB yang boleh dipertingkatkan menggunakan kad mikro-SD sehingga 2 TB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-Megapixel UltraPixel f/.7, yang mana menerima skor tertinggi di DxOmark buat masa ini. Ini dipadankan dengan kamera hadapan 16-Megapixel.

Buat masa ini hanya Maxis akan menawarkan pakej khas HTC U11 kepada pelanggan mereka. Pra-tempahan akan dibuka di Lazada, 11Street dan laman Facebook HTC Malaysia. Pelanggan yang melakukan pra-tempahan akan menerima hadiah dalam bentuk U11timare Box yang mengandungi barangan HTC edisi terhad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd