Carian
Pelancaran Metal Gear Survive Ditangguhkan Ke Awal 2018
June 14, 2017 Effi Saharudin

Metal Gear Survive ialah permaina MGS pertama dilancarkan selepas Hideo Kojima meninggalkan Konami. Reaksi peminat terhadap permainan menantang “zombie” ini agak negatif selepas berita mengenai layanan buruk yang diberikan Konami terhadap Kojima mula kedengaran. Maklumat mengenai Survive akan jarang didengari sehinggalah hari ini.

Berita buruk di sini ialah Survive ditangguhkan pelancarannya ke awal 2018. Pada asalnya Konami menjanjikan pelancaran tahun ini walaupun tarikh muktamad tidak pernah diumumkan. Survive membenarkan empat orang pemain membentuk pasukan menentang makhluk seakan zombie di dalam dunia Metal Gear. Permainan ini dibangunkan oleh mereka yang menghasilkan The Phantom Pain. Ia bakal hadir pada PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Komen