Kesemua Rekaan Prototaip OnePlus 5 Diperlihatkan

Kesemua Rekaan Prototaip OnePlus 5 Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 20, 2017 oleh .

OnePlus 5 akan dilancarkan tengah malam ini dan ia antara peranti yang amat dinantikan kemunculannya, Tahun demi tahun “pembunuh peranti utama” ini memberikan persaingan yang sengit kepada peranti keluaran syarikat lebih besar tetapi pada harga lebih mesra dompet. Hari ini gambar kesemua prototaip yang dihasilkan untuk OnePlus 5 diperlihatkan kepada umum.

Gambar di atas diambil dari laman The Verge yang diberikan akses eksklusif di pejabat OnePlus di Shenzen. Ada rekaan yang menyamai Huawei P10 dan wujud juga rekaan kitar semula dari OnePlus 3. Rekaan akhir yang digunakan lebih menyamai sebuah Oppo R11 dan iPhone 7 Plus. Pelbagai kritikan diberikan kerana rekaan pelanduk dua serupa ini. Diantara rekaan prototaip di atas, yang manakah yang menarik minat anda?


TIPS & ULASAN