Pengasas Uber Travis Kalanick Melepaskan Jawatan Sebagai CEO

Pengasas Uber Travis Kalanick Melepaskan Jawatan Sebagai CEO

Diterbitkan pada June 21, 2017 oleh .

Pengasas Uber Travis Kalanic hari ini mengumumkan pelepasan jawatan sebagai CEO syarikat perkongsian kenderaan popular dunia ini. Peletakan jawatan beliau adalah atas tekanan yang diberikan oleh pelabur utama yang tidak berpuas hati dengan pelbagai masalah besar yang datang bersilih ganti.

Uber

Akhbar The New York Times melaporkan lima pelabur terbesar Uber menuntut peletakan jawatan Kalanic secara serta merta semalam. Syarikat perkongsian kenderaan ini dilanda skandal gangguan seksual di tempat kerja, kemalangan melibatkan teksi swapandu, disaman oleh Waymo kerana dikatakan mencuri teknologi kenderaan swapandu dan peletakan jawatan beberapa pegawai tinggi eksekutif.

Pada waktu yang sama Kalanic sendiri kehilangan ibu beliau bulan lalu yang terkorban di dalam kemalangan bot. Walaupun telah meletakkan jawatan, Kalanic kekal sebagai ahli lembaga pengarah Uber yang diasaskan beliau pada tahun 2009.


TIPS & ULASAN