Sebahagian Fungsi iPhone 8 Dilaporkan Tidak Akan Diaktifkan Pada Hari Pelancaran

Sebahagian Fungsi iPhone 8 Dilaporkan Tidak Akan Diaktifkan Pada Hari Pelancaran

Diterbitkan pada July 12, 2017 oleh .

iPhone 8 ialah peranti khas yang dihasilkan sempena ulang tahun ke-sepuluh iPhone. Beberapa fungsi baru yang tidak ditemui pada iPhone sebelum ini akan diperkenalkan pada iPhone 8. Antaranya ialah fungsi imbasan wajah secara 3D dan pengecasan tanpa wayar. Laporan dari Fast Company mengatakan kedua-dua fungsi ini tidak akan diaktifkan pada hari pertama peranti mula dijual.

iPhone 8

Laporan yang sama mengatakan perkakasan untuk kedua-dua fungsi ini akan disertakan tetapi Apple masih belum berpuas hati dengan perisiannya. Oleh itu bagi mengelakkan masalah ia tidak akan diaktifkan buat sementara waktu. Ini bukan kali pertama langkah ini dilakukan oleh Apple. Sebelum ini mod Portrait pada iPhone 7 Plus hanya diaktifkan dengan kemaskini perisian beberapa bulan selepas ia mula dijual.


TIPS & ULASAN