Cari @ Amanz

Pembangunan sistem swapandu kenderaan nampaknya bukan satu-satunya fokus Apple selepas pembangunan Apple Car ditangguhkan. Di dalam acara pertemuan bersama pelabur yang dilakukan serentak dengan pengumuman penyata kewangan suku ke-tiga 2017, Tim Cook berkongsi maklumat baru mengenai sistem autonomi Apple.

Apple HomeKit

Beliau dipetik berkata sistem autonomi boleh digunakan dalam pelbagai cara dengan swapandu adalah salah satu daripadanya. Namun terdapat banyak lagi lapangan berbeza dan beliau tidak ingin berkongsi dengan lebih lebar buat masa ini.

Beberapa ramalan boleh dilakukan berdasarkan kenyataan Tim Cook ini,. Dengan wujudnya HomeKit, sistem automasi mungkin telah dibangunkan bagi menjadikan rumah lebih pintar dengan menggunakan kecerdasan buatan. Implementasi awal mungkin bakal ditemui pada HomePod. Tim Cook tidak mahu berkongsi perancangan sebenar Apple bagi mengelakkan idea mereka dicuri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd