Cari @ Amanz

Sudah agak lama peranti iPhone tidak menggunakan bahan kaca pada panel belakang. Ia kali terakhir dilihat pada iPhone 4S. Sungguhpun kelihatan cantik, panel belakang ini mudah pecah menyebabkan iPhone 5 kembali kepada panel logam bagi menyelesaikan masalah ini. Hujung minggu lalu rekaan peranti yang dikatakan adalah iPhone 7S Plus tertiris.

Dari gambar di atas, jelas kelihatan panel kaca kembali pada model iPhone tahun ini. Dari segi rekabentuk tubuh, ia tidak mempunyai banyak perbezaan dengan iPhone 7 Plus. Selain panel kaca, garisan antena pada bahagian atas dan bawah juga tidak lagi kelihatan. Penggunaan panel kaca menimbulkan spekulasi sistem pengecasan tanpa wayar akhirnya disokong seperti yang didengari dari beberapa ura-ura sebelum ini.

Apakah pendapat anda mengenai rekaan iPhone 7S Plus ini? Apa yang pasti sekiranya memiliki peranti dengan panel kaca pada bahagian belakang, kami mengesyorkan penggunaan kerangka bagi mengelakkan kerosakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd