Lenovo K8 Plus Dan K8 Diumumkan – Dua Lagi Peranti Yang Menggunakan Android Asli

Lenovo K8 Plus Dan K8 Diumumkan – Dua Lagi Peranti Yang Menggunakan Android Asli

Diterbitkan pada Sep 7, 2017 oleh .

Lenovo tidak akan lagi menggunakan pelancar mereka dan hanya akan menggunakan Android Asli pada setiap peranti yang digunakan bermula dengan Lenovo K8 Note yang dilancarkan bulan lalu. Lenovo K8 Plus dan K8 dilancarkan di India dan adalah dua lagi peranti yang pasti menggembirakan peminat Android Asli.

Lenovo K8 Plus dilengkapi skrin 5.2″ HD penuh, pemproses MediaTek Helio P25, memori sebesar 3/4 GB RAM dan storan 32GB. Kamera utama sebesar 13+5 Megapixel dan kamera selfie pula sebesar 8-Megapixel. Membekalkan kuasa kepada peranti ialah bateri sebesar 4000 mAh. Android 7.1.1 asli digunakan dan sebuah pengimbas cap jari disertakan pada panel belakang. Peranti ini dijual pada harga bermula dari ₹10,900 (~RM 717) sebuah.

Lenovo K8 dilengkapi skrin 5.2″ HD penuh, pemproses MediaTek Helio P20, memori sebesar 3/4 GB RAM dan storan 32GB. Kamera utama sebesar 13Megapixel dan kamera selfie pula sebesar 8-Megapixel. Membekalkan kuasa kepada peranti ialah bateri sebesar 4000 mAh. Seperti K8 Plus, Android 7.1.1 asli digunakan dan terdapat pengimbas cap jari berbentuk bulat di bahagian belakang. Harga jualan masih belum diumumkan setakat ini.


TIPS & ULASAN