Carian
Samsung Galaxy Note 8 Akan Menyokong Rakaman Video 4K 60FPS
September 15, 2017 Effi Saharudin

Pelancaran iPhone 8 dan iPhone X mendapat perhatian dunia. Bagi penggemar videografi, fungsi rakaman 4K 60FPS dan 1080P 240FPS adalah amat mengujakan kerana tidak ditemui pada peranti lain sebelum ini. Tetapi Samsung nampaknya mempunyai perancangan untuk turut menyokong rakaman 4K 60FPS  pada Galaxy Note 8.

Laman rasmi Samsung Galaxy Note 8 Amerika Syarikat telah dikemaskini dan mengesahkan fungsi ini akan disokong kelak. Tidak diketahui bilakah fungsi ini akan diaktifkan atau sama ada ia akan turut disokong Galaxy S8 (dengan spesifikasi sama cuma saiz RAM lebih kecil) . Yang pasti fungsi ini adalah jawapan Samsung kepada ketiga-tiga model iPhone yang baru dilancarkan.

Sedikit aneh ia tidak diaktifkan sejak pelancaran. Mungkin selepas ini peranti Android lain yang mempunyai pemproses berkuasa tinggi akan turut mampu merakam 4K 60FPS.

Komen