Cari @ Amanz

Bill Gates ialah manusia terkaya di dunia dengan harta bernilai $86 Billion tahun lalu. Beliau adalah manusia terkaya di dunia sebanyak 18 kali sejak 23 tahun yang lalu. Kekayaan beliau ini membolehkan beliau membeli apa sahaja di dunia yang fana ini tanpa perlu berfikir panjang. Sejak Windows Phone tidak lagi diberikan keutamaan oleh Microsoft, Bill Gates membuat pengakuan beliau tidak lagi menggunakan peranti keluaran syarikat beliau.

Sebaliknya di dalam sebuah temuramah rancangan televisyen, Gates mengatakan beliau kini sudah berpindah ke platform Android. Peranti beliau walaubagaimanapun dipenuhi dengan perisian keluaran Microsoft. Pelbagai spekulasi kini muncul mengenai peranti Android manakah yang digunakan beliau. Kami percaya beliau mungkin memiliki sebuah peranti Samsung. Ini adalah kerana Samsung mempunyai persetujuan menyertakan aplikasi Microsoft secara terpasang. Pada waktu yang sama Galaxy S8 Microsoft Edition dijual terus dari laman Microsoft.

Walaupun Steve Jobs telah lama meninggal dunia, Gates masih belum bersedia untuk menggunakan produk Apple. Sebuah lagi pengajaran di sini ialah hartawan terkaya di dunia tidak memiliki iPhone atau Vertu yang menjadi simbol status masyarakat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd