Google Pixel 2 Dan Pixel 2 XL Kini Rasmi – Mengabungkan Kelebihan Perisian Dan Perkakasan Google

Google Pixel 2 Dan Pixel 2 XL Kini Rasmi – Mengabungkan Kelebihan Perisian Dan Perkakasan Google

Diterbitkan pada Okt 5, 2017 oleh .

Google hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar generasi kedua keluaran mereka tersendiri, iaitu Google Pixel 2. Hadir dalam dua variasi, iaitu Google Pixel 2 dan juga Google Pixel 2 XL.

Google Pixel 2

Google Pixel 2 menawarkan saiz sedikit kompak, dimana ia hadir dengan skrin 5-inci OLED, dilengkapi cip Snapdragon 835, serta menggunakan memori 4GB RAM.

Google Pixel 2 XL pula menawarkan skrin bersaiz 6-inci dengan panel pOLED pada resolusi 2880×1440 pixel, dilengkapi cip Snapdragon 835, serta memori 4GB RAM. Melengkapkannya adalah bateri berkapasiti 2700mAh. Peranti bersaiz besar ini turut menawarkan kapasiti bateri lebih sedikit, iaitu sebesar 3520mAh.

Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan sokongan kalis air IP67, Bluetooth 5.0, serta dwi-speaker pada bahagian belakang.

Google melengkapkan kedua-dua telefon pintar ini dengan kamera belakang 12.2-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Menariknya adalah dimana kamera pada telefon pintar ini menerima skor tertinggi DxO, sekaligus meletakkan ia jauh dihadapan iPhone 8 Plus dan juga Samsung Galaxy Note 8 dari segi perbandingan merakamkan gambar dan video.

Google Pixel 2

Disamping itu, seperti pada HTC U11, Google menyertakan ia dengan ActiveEdge, dimana pengguna boleh memicit peranti berkenaan, dan mengaktifkan Google Assistant dengan mudah. Pengguna Google Pixel juga diberikan ruangan storan tanpa had pada Google Photos, selain turut boleh mengakses Google Lens tidak lama lagi.

Dari segi perisian, Google turut menyertakan beberapa perubahan berbanding pada Android 8.0 Oreo asli, dimana kini ia menyertakan bar carian Google pada bahagian bawah, selain turut menyertakan sokongan Always On Display.

Buat masa ini, telefon pintar ini hanya akan ditawarkan dibeberapa buah negara sahaja, dan negara terdekat dengan kita yang akan menerimanya adalah Singapura.

Google Pixel 2 ditawarkan pada harga bermula $649 (~RM2743), sementara Pixel 2 XL pula pada harga bermula $849 (~RM3589).


TIPS & ULASAN