Carian
Kenderaan Peronda Terbang Diperlihatkan Untuk Kegunaan Polis Dubai
October 10, 2017 Effi Saharudin

Dubai ialah negara yang jauh di hadapan dalam penggunaan teknologi terkini. Mereka telahpun menguji sistem teksi terbang Volocopter dan menggunakan Tesla sebagai teksi swapandu. Terkini di acara GITEX yang sedang berlangsung di Dubai, kenderaan peronda terbang diperlihatkan untuk kegunaan polis.

Kenderaan peronda terbang Hoversurf ini boleh terbang selama 25 minit dengan menggunakan kuasa elektrik atau sejam dengan bahan api fosil. Ia boleh ditunggang anggota polis atau swaterbang pada ketinggian 5 meter untuk melakukan rondaan. Tidak diketahui bilakah ia akan memulakan operasi di negara Timur Tengah ini.

Selain Hoversurf, Polis Dubai juga bakal menggunakan kereta peronda swapandu O-R3 yang dilengkapi dron bagi mencegah jenayah. Menjelang 2020, robot akan mengambil alih 25% tugas polis di negara ini. Sekurang-kurangnya di Dubai, Robocop semakin hampir menjadi realiti.

Komen