Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Oppo F5 dilancarkan di Malaysia. Peranti yang sekali lagi mementingkan kemampuan swafoto ini bakal dilengkapi sistem A.I Beauty Recognition. Oppo telah berkongsi sedikit maklumat mengenai sistem mencantikkan wajah yang menggunakan kecerdasan pintar ini.
https://www.youtube.com/watch?v=8sLN8vlv2m0
Dari video di atas, A.I Beauty Recognition akan mengesan 200 titik pada wajah pengguna. Maklumat yang diimbas kemudian digunakan oleh kecerdasan pintar bagi memberikan gambar swafoto yang paling sesuai mengikut usia, warna kulit, jenis kulit dan jantina pengguna.
Sebelum ini sistem kecerdasan buatan digunakan sebagai pembantu maya dan mengekalkan prestasi peranti oleh pengeluar lain. Di Oppo, mereka merasakan kecerdasan pintar juga boleh digunapakai untuk mengambil swafoto yang cantik.