KGI : Apple Dijangka Hadir Dengan Dua iPhone Dengan Skrin OLED Pada 2018

KGI : Apple Dijangka Hadir Dengan Dua iPhone Dengan Skrin OLED Pada 2018

Diterbitkan pada November 7, 2017 oleh .

Apple pada tahun ini telah memperkenalkan iPhone X yang mencuri perhatian ramai, dimana ia hadir dengan beberapa ciri baru – termasuk penggunaan skrin OLED. Penggunaan skrin ini sedia ditabalkan sebagai skrin terbaik pada telefon pintar oleh DisplayMate.

Kini, penganalisa bebas, KGI turut hadir meramalkan Apple dijangka memperkenalkan dua iPhone baru pada 2018 kelak menggunakan skrin OLED. Sekiranya benar, maka mungkin kita melihat penggunaan skrin berkenaan pada model kemaskini iPhone X dan juga pada model “Plus”.

Disamping itu, Apple turut dijangka akan menggunakan rekaan bingkai logam yang baru dalam menambah-baik kadar kualiti penghantaran dan penerimaan data berbanding hari ini.

Sebelum ini, ia turut telah diperkatakan yang mana ciri Face ID mungkin diintegrasikan pada peranti lain, selain membunuh penggunaan ciri Touch ID.

Seperti biasa, ini sekadar ramalan daripada penganalisa sahaja dan bukannya komen rasmi daripada pihak Apple.


TIPS & ULASAN