Pemilik Google Pixel 2 XL Melaporkan Masalah Skrin Berkelip Apabila Dimatikan

Pemilik Google Pixel 2 XL Melaporkan Masalah Skrin Berkelip Apabila Dimatikan

Diterbitkan pada November 9, 2017 oleh .

Pelancaran Google Pixel 2 XL mengharungi pelbagai onak dan duri. Sejak mula dijual, pelbagai masalah dilaporkan oleh pemilik seperti tunaskrin dan peranti hadir tanpa sistem operasi. Masalah baru telah dilaporkan melibatkan skrin yang berkelip apabila ia dimatikan atau dihidupkan.

Seperti yang anda boleh lihat sendiri dari video di atas, skrin berkelip warna putih apabila ia dimatikan. Masalah yang sama berlaku apabila skrin ingin dihidupkan semula. Sedikit merisaukan pemilik Nexus 6P turut melaporkan masalah yang sama sejak peranti mereka menerima kemaskini Android Oreo.

Sumber Pixel User Community melalui Android Police


TIPS & ULASAN