Apple Mungkin Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Video Menyaingi Netflix Pada 2018

Apple Mungkin Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Video Menyaingi Netflix Pada 2018

Diterbitkan pada November 16, 2017 oleh .

Apple sebelum ini sedia hadir dengan beberapa kandungan eksklusif mereka tersendiri, dan kini menurut laporan penganalisa, mereka menyasarkan untuk Apple melancarkan perkhidmatan langganan video tersendiri lebih kurang seperti Netflix.

Apple pada hari ini menawarkan kandungan eksklusif mereka melalui Apple Music – yang mana bukan terhad kepada platform iOS sahaja, tetapi ditawarkan untuk Android juga.

Sebelum ini, Apple telah hadir dengan rancangan video eksklusif mereka tersendiri seperti Carpool Karaoke, dan Planet of the Apps. Disamping itu, Tim Cook turut memberikan petanda yang mana Apple akan hadir dengan lebih banyak kandungan video eksklusif untuk platform mereka.

Melancarkan perkhidmatan penstriman video ini juga dijangka akan meningkatkan lagi pendapatan Apple dari arena perkhidmatan dan bukan bergantung kepada jualan peranti semata-mata.

Sekiranya ini benar, maka ia mungkin akan memberikan lebih saingan kepada Netflix – apatah lagi dengan Disney sendiri dalam usaha melancarkan perkhidmatan penstriman video mereka tersendiri.

Seperti biasa, ini hanya laporan daripada penganalisa sahaja – dan mungkin sekiranya benar, kita akan dapat melihat lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN