Kamera DXO One Versi Android Mula Dijual

Kamera DXO One Versi Android Mula Dijual

Diterbitkan pada Dis 1, 2017 oleh .

DXO ialah laman yang terkenal dengan ujian kamera yang dijual di pasaran. Pada tahun 2015 DXO One dilancarkan dan merupakan kamera tambahan yang boleh digunakan pada sebuah iPhone. Oktober yang lalu DXO mengesahkan versi Android dengan sambungan secara USB-C sedang dibangunkan. Hari ini ia akhirnya mula dijual pada harga $499 (~RM 2041).

Dengan setiap pembelian pengguna akan menerima sebuah kamera, kerangka kalis air dan perisian PhotoLab. Buat masa ini peranti yang disahkan disokong sepenuhnya ialah  HTC U11, Huawei Mate 9, Huawei P10, LG G6, LG V20, Moto Z, Nexus 5X, Nokia 8, Nubia Z11 mini, Samsung Galaxy A5 (2017), Samsung Galaxy Note 8, Samsung Galaxy S8 dan Huawei Honor 9.

DXO One dilengkapi sensor sebesar 20.2-Megapixel f/1.8. Tidak diketahui sama ada perkakasan yang suda berusia dua tahun ini masih lagi mampu menandingi kemampuan kamera peranti utama tahun 2017.


TIPS & ULASAN