Peranti Nokia Yang Dilancarkan Dengan Android Nougat Tidak Menyokong Project Treble

Peranti Nokia Yang Dilancarkan Dengan Android Nougat Tidak Menyokong Project Treble

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Project Treble ialah inisiatif Google bagi mempercepatkan proses kemaskini sistem operasi dan sekuriti pada peranti yang menggunakan Android. Ia diperkenalkan melalui Android Oreo tetapi tidak semua peranti yang menggunakan sistem operasi ini nampaknya akan menyokong Treble.

HMD telah mengesahkan peranti Nokia yang dilancarkan dengan Android Nougat tidak akan menyokong Treble walaupun selepas menerima kemaskini Oreo. Sungguhpun begitu pihak pihak HMD menerusi forum rasmi menegaskan pihak mereka komited untuk memberikan kemaskini dengan kepada peranti yang dikeluarkan. Project Treble akan hanya disokong pada peranti yang dilancarkan dengan Oreo seprti Nokia 9 kelak.

HMD bukan syarikat pertama yang mengesahkan tiada sokongan terhadap treble. Sebelum ini OnePlus terlebih dahulu mengesahkan perkara yang sama.


TIPS & ULASAN