Huawei P11 Mungkin Mempunyai Takuk Skrin Seperti iPhone X

Huawei P11 Mungkin Mempunyai Takuk Skrin Seperti iPhone X

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

Sebuah lagi maklumat mengenai Huawei P11 tertiris pagi ini dan ia pasti mungkin akan menimbulkan sedikit kontroversi. Laman XDA Developer telah menggeledah firmware awal untuk peranti Huawei. Mereka menemui petanda bahawa peranti yang dipercayai adalah Huawei P11 akan mempunyai takuk skrin seperti pada sebuah iPhone X.

Peranti dengan kod nama Emily ini hadir dalam empat versi. Antara yang diketahui ialah akan dilengkapi skrin 6.01″ dengan resolusi luar biasa 2244×1080 pixel. Kod di dalam firmware turut mempunyai kod yang mengukuhkan lagi kewujudan takuk kecil pada bahagian atas skrin.

Apa yang berlaku ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana Huawei telahpun memperlihatkan sistem seakan Face ID mereka ketika pelancaran Honor V10 baru-baru ini. Sistem rekaan mereka didakwa 10 kali ganda lebih tepat berbanding Face ID kerana penggunaan lebih banyak titik laser dan kamera lebih beresolusi tinggi.

Huawei Emily dijangka dilancarkan di acara MWC 2018 yang bakal berlangsung Februari hadapan. Maklumat lain yang tertiris setakat ini ialah ia mungkin dilengkapi sistem tri-kamera 40-Megapixel dan swafoto 24-Megapxiel. Apakah pendapat anda tentang langkah Huawei mengikut langkah Apple ini?


TIPS & ULASAN