Cari @ Amanz

Hanya empat hari yang lalu Huawei Enjoy 7S dilancarkan untuk pasaran China. Semalam Honor yang merupakan sub-jenama Huawei melancarkan sebuah lagi peranti baru iaitu Honor 9 Lite. Peranti nirbingkai 18:9 ini dilengkapi empat kamera seperti yang ditemui pada Huawei Nova 2i sebelum ini.

Dari segi spesifikasi Honor 9 Lite dilengkapi skrin 5.65″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses Kirin 659, memori sebesar 3/4 GB dan storan 32/64GB.  Dwi-kamera 13+2 Megapixel digunakan di hadapan dan belakang peranti. Bateri yang digunakan pula sebesar 3000 mAh tanpa sokongan pengecasan pantas. Akhir sekali Honor 9 Lite menggunakan Android Oreo dengan pelancar EMUI 8. Harga jualan peranti ini bermula dari RMB 1,199 (~RM 693) sebuah.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd