Pada minggu lepas, kita telah mendengar desas-desus mengatakan yang mana LG mungkin mengubah penjenamaan telefon pintar mereka dibawah siri-G. Seperti ramai sedia maklum, tahun lepas, LG telah memperkenalkan LG G6 dan V30, dan ramai menantikan pengenalan “LG G7” dan “V40” pada tahun 2018 ini.
Dengan desas-desus mengenai perubahan nama, hari ini bercakap mengenainya, CEO LG Electronics mengatakan yang mana mereka akan mengubah namanya jika ia diperlukan.
Seperti ramai sedia maklum, walaupun LG mempunyai penawaran peranti mudah-alih yang baik, tetapi penjualannya dan pegangan pasaran mereka adalah kurang memberangsangkan jikalau dibandingkan dengan pengeluar lain.
CEO LG turut mengatakan yang mana keputusan akhir masih belum dilakukan sama ada mereka akan terus menggunakan nama siri “G” dan “V” seperti sebelum ini, atau akan menggunakan jenama baru.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang akan dibawakan oleh LG. Berkemungkinan, pengeluar dari Korea Selatan ini menyasarkan pengenalan telefon pintar mereka dalam masa sebulan dua lagi.