Cari @ Amanz

Dua peranti baru di bawah keluarga Sony Xperia XA 2 dan Xperia L2 dilancarkan di CES beberapa minggu yang lalu. Bagi pengguna di Malaysia yang menantikan kemunculan peranti ini, ia akhirnya berakhir dengan pelancaran Sony Xperia XA2 dan XA2 Ultra di Malaysia hari ini.

Sony Xperia XA2 ialah dilengkapi skrin yang lebih kecil di antara dua peranti ini. Skrin 5.2″ IPS LCD yang digunakan menyokong resolusi 1080P. Ini dipadankan dengan pemproses Snapdragon 630, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 32GB, kamera utama 23-Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh. Kamera utama yang disertakan mampu merakam pada tetapan 4K. Pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang dan bukan di sisi seperti yang ditemui pada peranti-peranti Xperia sebelum ini.

Sony Xperia XA2 Ultra pula dilengkapi skrin 6″ IPS LCD dengan resolusi HD penuh. Ia dijana oleh pemproses Snapdragon 630, memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama 23-Megapixel, kamera hadapan 16+8 Megapixel dan bateri sebesar 3580 mAh. Kamera hadapan ini turut dilengkapi sistem OIS. Ini adalah aneh kerana sistem OIS tidak disertakan pada kamera utama 23-Megapixel yang menggunakan sensor Exmor RS.

Xperia L2Xperia L2 dilengkapi skrin 5.5-inci dengan paparan 720p, dijana pemproses MediaTek MT6735P, memori sebesar 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Untuk rakaman gambar, Xperia L2 menggunakan kamera belakang 13-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.4 dengan sudut rakaman 120-darjah.

Sony turut melengkapkan ia dengan bateri berkapasiti 3300mAh yang dicas menggunakan port USB-C. Sedikit mendukacitakan  Sony hanya menyertakan Android 7.1 Nougat sahaja pada telefon pintar ini, dan bukannya Oreo seperti Xperia XA2 dan XA2 Ultra.

Pra-tempahan untuk Sony Xperia XA2 Ultra akan dibuka dari 20 hingga 31 Januari 2018 di rangkaian kedai Sony Mobile, Sony Centre dan 11Street pada harga RM 1999. Jualan terbuka akan bermula pada 9 Februari.  Mereka yang melakukan pra-tempahan akan menerima pengecas pantas UCH12W, jaminan 1+1 tahun, kerangka lutsinar dan pelindung skrin Nano Screen kesemuanya bernilai RM 600.

Sony Xperia XA2 dan L2 pula akan dijual bermula 9 Februari hadapan. Harga jualan ialah RM 1299 untuk Xperia XA2 dan RM 999 untuk Xperia L2.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd