Huawei P20 Akan Dilancarkan Pada 27 Mac

Huawei P20 Akan Dilancarkan Pada 27 Mac

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum bermulanya acara MWC di Barcelona. Ramai meramal Huawei akan melancarkan P20 yang merupakan peranti kemaskini kepada P10 di acara ini. Tetapi nampaknya ramalan ini salah kerana Huawei telah mula menghantar jemputan ke acara pelancaran peranti utama mereka di Paris pada 27 Mac hadapan.

Apa yang diketahui setakat ini ialah penggunaan nama P20 dan bukannya P11 selepas ia ditiriskan oleh @rquandt beberapa hari yang lalu. Tiga peranti bakal dilancarkan iaitu Huawei P20, P20 Plus dan P20 Lite. Terdapat ura-ura P20 akan dilengkapi tri-kamera belakang dan takuk pada bahagian atas skrin seperti iPhone X. Spekulasi akan berakhir pada Mac hadapan. Apakah pembaharuan yang paling ingin anda lihat pada P20 kelak?


TIPS & ULASAN