Selepas berbulan menantikan kemunculannya, Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ mula menerima kemasksini ke Android Oreo. Buat masa ini ia hanya diterima oleh pengguna di negara Jerman. Saiz muat turun ini adalah sebesar 488 MB sahaja. Selain Android Oreo, peranti kini menggunakan pelancar terkini Samsung Experience 9.0.
Ini bermakna pengguna di Malaysia mungkin akan menerima kemaskini ke Oreo dalam masa terdekat. Samsung Galaxy S8 kini menyokong mod Picture in Picture dan titik notifikasi pada ikon aplikasi. Walaubagaimanapun seperti kami laporkan sebelum ini, Android Oreo pada Galaxy S8 tidak menyokong Project Treble. Samsung mengikut langkah OnePlus dan Nokia yang tidak menyokong Treble apabila peranti dikemaskini dari Nougat.