Rekaan Asus Zenfone 5 Lite Tertiris – Menyertakan Catur-Kamera

Rekaan Asus Zenfone 5 Lite Tertiris – Menyertakan Catur-Kamera

Diterbitkan pada Feb 10, 2018 oleh .

Peranti-peranti Asus Zenfone 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Februari hadapan sempena acara MWC. Rekaan untuk peranti ini bukan lagi misteri, memandangkan sebelum ini telah tertirisnya lukisan skematik untuk salah satu dari peranti yang bakal dilancarkan dibawah siri Asus Zenfone 5. Hari ini rekaan Asus Zenfone 5 Lite pula tertiris ke arena web.

Asus Zenfone 5 Lite

Imej pengolokan ini tertiris menerusi @evleaks. Yang menarik mengenai Zenfone 5 Lite ialah ia tidak mempunyai takuk dan rekaan kamera belakang yang berbeza dari lukisan skematik yang dilihat sebelum ini. Menurut @evleaks lagi, Zenfone 5 dilengkapi catur-kamera (empat-kamera), kombinasi 16+16 Megapixel pada bahagian belakang dan kombinasi 20+20 Megapixel pada bahagian hadapan.

Peranti turut mempunyai skrin memanjang dengan resolusi FHD+, serta pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Dengan penggunaan nama “Lite”, kita boleh menyasarkan yang mana telefon pintar ini ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 27 Februari ini untuk melihat apakah penawaran yang bakal dibawakan oleh Asus melalui siri Zenfone 5 mereka yang baru ini.


TIPS & ULASAN