Skrin Samsung Galaxy S9 Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Skrin Samsung Galaxy S9 Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

Skrin telefon pintar terbaik di pasaran dihasilkan oleh Samsung. Hanya beberapa bulan yang lalu skrin keluaran mereka dinobatkan yang terbaik di pasaran oleh DisplayMate. Tetapi sedikit malang bagi Samsung, skrin ini digunakan pada iPhone X, bukan peranti keluaran mereka sendiri. Pasca pelancaran Galaxy S9, ujian dilakukan sekali lagi dan takhta telefon pintar dengan skrin terbaik kembali ke tangan peranti keluaran Samsung.

Samsung Galaxy S9DisplayMate memberikan gred A+ kepada skrin Galaxy S9. Ini adalah gred tertinggi yang pernah diberikan. Samsung menggunakan semula teknologi Diamond Sub-Pixel skrin iPhone X untuk skrin Galaxy S9. Hasilnya ialah penghasilan semua warna yang sehampir mungkin kepada semua dan keterangan skrin mencecah 1130 nits. Ini adalah lebih terang berbanding Galaxy S8 dan iPhone X (804 nits) tetapi di belakang Note 8 (1240 nits). Skrin juga boleh dikurangkan ke tahap 2 nits sahaja bagi mengurangkan kesakitan mata apabila digunakan pada waktu malam.

Ia memenuhi standard UHD Alliance untuk Mobile HDR Premium. Kandungan HDR yang ditonton menerusi skrin S9 disahkan setanding TV 4K HDR kelas tertinggi pasaran. Apakah maksud semua ini kepada pengguna? Skrin Galaxy S9 ialah yang paling terang serta kemampuan memaparkan warna dan kandungan HDR pada tetapan yang tepat.


TIPS & ULASAN