Cari @ Amanz

Rasanya 2018 boleh secara rasmi dinobatkan sebagai “Tahun Takuk” kerana semakin banyak peranti Android yang menggunakan skrin ini. Di MWC Leagoo S9 menjadi peranti Android bertakuk pertama diikuti oleh Asus Zenfone 5. Pada penghujung bulan ini tiba giliran Huawei P20 pula juga dengan skrin bertakuk.

Senarai peranti skrin bertakuk akan semakin bertambah. Hari ini imej acah untuk Oppo R15 dan R15 Plus telah dimuat naik ke laman Weibo. Jelas kelihatan takuk pada atas skrin tetapi saiznya lebih kecil jika dibandingkan dengan Apple iPhone X. Kedua-dua peranti mungkin dijana oleh pemproses Snapdragon 700 yang baru sahaja dilancarkan minggu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd