Cari @ Amanz

Pizza Hut merupakan salah satu restoran makanan yang turut melabur dalam arena teknologi. Pada tahun lepas, mereka telah hadir dengan kasut pintar dinamakan Pie Tops untuk memudahkan pengguna memesan pizza dengan mudah.

Untuk tahun ini, Pizza Hut turut mengumumkan Pie Tops 2.0 yang hadir dengan sokongan tambahan – iaitu untuk mengawal televisyen.

Pizza Hut Pie Tops 2.0

Melalui Pie Tops 2.0, pengguna boleh menekan butang khusus yang diletakkan pada “lidah” kasut untuk memesan pizza dengan mudah. Untuk makluman, terlebih dahulu pengguna perlu menghubungkan kasut berkenaan kepada telefon pintar dan membuat beberapa tetapan sebelum boleh membuat pesanan pizza.

Disamping itu, butang tambahan turut disertakan untuk membolehkan anda jeda akan kandungan yang dimainkan di kaca televisyen. Dengan ini, anda boleh menghentikan sementara rancangan yang sedang dimainkan di televisyen ketika anda sedang menikmati makanan dan sebagainya.

Selain daripada itu, Pie Tops 2.0 turut membawakan kemaskini pada rekaan, dan juga pilihan warna kasut dalam pilihan warna perang.

Pizza Hut akan menawarkan kasut ini dalam kuantiti terhad kepada pengguna umum – tetapi terhad di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd