Netflix Membeli Hak Memfilemkan Komik Extreme Universe Dari Pencipta Deadpool Dan X-Force

Netflix Membeli Hak Memfilemkan Komik Extreme Universe Dari Pencipta Deadpool Dan X-Force

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Jika anda mengumpul komik dalam dekad 90an, anda pasti kenal dengan Rob Liefeld. Pelukis komik ini mula terkenal selepas mencipta watak-watak komik X-Force dan Deadpool untuk Marvel. Selepas keluar dari Marvel beliau menerbitkan komik sendiri di bawah studio Extreme Studios. Hak perfileman watak dari dunia Extreme Universe yang dicipta beliau telah dilaporkan dibeli oleh Netflix.

Extreme Universe ialah siri yang terdiri daripada enam tajuk komik dengan watak seperti Brigade, Bloodstrike, Cybrid, Re-Gex, Bloodwulf. Kaboom dan Prophet. Pembelian hak memfilemkan Extreme Universe dipercayai mencecah tujuh angka.

Tahun lalu Netflix turut telah mengambil alih syarikat komik Millarworld yang diasaskan oleh penulis Kingsman, Kick Ass dan Wanted. Dengan Disney semakin hampir melancarkan perkhidmatan penstriman mereka sendiri, Ini dilihat sebagai usaha Netflix untuk mempunyai alam sinematik yang menyerupai Marvel Cinematic Universe dan DC Extended Universe.


TIPS & ULASAN