Cermin Mata Realiti Gabungan Bose AR Diperlihatkan Dengan Penekanan Terhadap Audio

Cermin Mata Realiti Gabungan Bose AR Diperlihatkan Dengan Penekanan Terhadap Audio

Diterbitkan pada Mac 12, 2018 oleh .

Realiti gabungan ialah teknologi yang dipercayai bakal mengubah dunia. Kaca mata dengan teknologi gabungan sudahpun dibangunkan oleh Microsoft, Leap dan juga Intel. Masing-masing memberikan tumpuan kepada gabungan paparan maya dan dunia sebenar. Bose turut menerjah masuk ke arena realiti gabungan dengan memperlihatkan Bose AR. Berbeza dengan pengeluar lain mereka memberikan penekanan terhadap kualiti audio.

Bose AR boleh membaca papan tanda dalam bahasa asing kemudian membacakan maksud terus ke telinga pemakai. Apabila dipakai di kawasan bersejarah, Bose AR boleh memaparkan acara bersejarah secara maya pada kaca mata dan memainkan audio mengenai apa yang dilihat. Kepakaran audio Bose akan digunakan bagi memberikan kualiti audio terbaik kepada pemakai. Pengguna boleh menggunakan Bose AR untuk mengawal aplikasi muzik dan pembantu maya pilihan.

Peranti realiti gabungan yang diperlihatkan ini masih lagi di dalam versi prototaip. Mereka sedang bekerjasama dengan ASICS Studio, Strava, TripAdvisor, TuneIn, Yelp dan MIT Media Lan untuk meneroka fungsi yang boleh dilakukan oleh Bose AR.


TIPS & ULASAN