Carian
Mod Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Kini Disokong Di Indonesia
March 21, 2018 Effi Saharudin

Penggunaan telefon pintar kini amat meluas dan menurut maklumat terkini Jabatan Perangkaan Malaysia kini sudah melangkaui 97% penduduk di Malaysia. Melihat penunggang motosikal menggunakannya juga adalah kebiasaan di negara kita. Disember tahun lalu mod motosikal untuk Google Maps diaktifkan di India. Semalam ia mula disokong di Indonesia.

Dengan mod motosikal laluan terpantas untuk kenderaan dua roda akan dipaparkan di dalam aplikasi Google Maps. Sebelum ini hanya laluan optimum untuk kenderaan empat roda dipaparkan. Umum diketahui apabila berlaku kesesakan jalan raya, motosikal masih boleh bergerak pantas tidak seperti kereta dan lori. Dengan pelancarannya di Indonesia, kita hanya boleh berharap mod ini akan turut hadir ke Malaysia dalam masa terdekat.

Komen