Vivo Memperkenalkan Telefon Pintar Mampu-Milik Dengan Rekaan Skrin Takuk – Vivo Y85

Vivo Memperkenalkan Telefon Pintar Mampu-Milik Dengan Rekaan Skrin Takuk – Vivo Y85

Diterbitkan pada Mac 21, 2018 oleh .

Vivo semalam telah memperkenalkan Vivo X21 secara rasminya yang memfokuskan kepada sokongan integrasi pengimbas cap jari pada skrin. Selain daripadanya, Vivo turut telah memperkenalkan sebuah peranti mampu-milik, iaitu Vivo Y85.

Vivo Y85

Vivo Y85 hadir dengan skrin 6.26-inci dengan paparan pada nisbah 19:9, cip Snapdragon 450, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB.

Telefon pintar ini hadir dengan kamera hadapan 16-megapixel, selain dwi-kamera belakang 16-megapixel dan 2-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3260mAh.

Vivo Y85 turut hadir dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo dengan antaramuka FunTouch OS 4.0.

Vivo Y85

Vivo dilihat memposisikan ia dibawah Vivo V9 yang dijangka dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan. Berkemungkinan peranti ini akan disasarkan kepada mereka yang inginkan peranti dengan rekaan skrin takuk pada harga rendah.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Vivo Y85 ini akan hadir ke pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN